PENGENALAN
Kelemahan murid-murid dalam matematik merupakan isu utama dalam pendidikan
negara pada masa kini. Di kalangan murid, ramai yang merasakan matematik sebagai
sesuatu koleksi hukum-hukum abstrak yang sukar difahami, menjemukan dan jarang
memberi makna secara langsung kepada mereka.
Sekolah Rendah (KBSR) menjelaskan bahawa pengajaran dan pembelajaran matematik
hendaklah merupakan suatu pengalaman yang seronok dan mencabar bagi semua
murid. Malangnya guru-guru tidak mengikut kehendak sukataran, tetapi mengajar
mengikut pengalaman biasa mereka iaitu pengajaran ialah satu proses memindahkan
atau menyalurkan pengetahuan kepada pelajar. Pengajaran dan pembelajaran
merupakan suatu pengalaman, jarang diberi penekanan oleh guru.
Sukatan Kurikulum Bersepadu
Menurut Judd, Piaget dan Dewey, pengajaran melibatkan lebih daripada mengajar
pelajar-pelajar melakukan respon khusus pada masa dan tempat yang tepat; ia
melibatkan pembelajaran strategi penyelesaian masalah, heuristik dan stratetgi belajar
(Wittrock, 1991). Wittrock menjelaskan pembelajaran melibatkan interaksi di antara
pengetahuan pelajar dan ingatan dan maklumat yang hendak dipelajari. Pengajaran pula
adalah proses yang mendorong pelajar-pelajar membina interaksi ini. Bagi Gabay
(1991), pembelajaran adalah komponen utama dari aktiviti timbal-balas, sebab hasil
yang jelas dikehendaki ialah meningkatkan pengalaman pelajar. Mengajar pula
mencipta syarat atau suasana yang memudahkan pembelajaran.
PENDIDIKAN MATEMATIK DI SEKOLAH RENDAH
Kurikulum matematik sekolah rendah kini berasaskan kepada KBSR dan berteraskan
kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Sukatan matematik KBSR meliputi
kemahiran, nombor bulat dan opeasi; pecahan dan operasi; perpuluhan dan operasi;
wang; ukuran dan sukaran; ruang; purata; peratus; dan graf. Berdasarkan Huraian
Sukatan Pelajaran Matematik, matlamat KBSR untuk membina dan mengembangkan
kefahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Selain itu murid
dapat menghargai kepentingan dan keindahan matematik. Terdapat 7 Objektif yang
telah disenaraikan, yang merangkumi kemahiran asas, kemahiran menggunakan bahasa
dan menyelesaikan masalah.
Proses pengajaran dan pembelajaran matematik KBSR pula cuba memenuhi objektif di
atas. Terdapat 6 perkara yang perlu dipertimbangkan, salah satunya (yang pertama);
Murid perlu dibimbing membina kefahaman tentang konsep dan kemahiran matematik
melalui manipulasi objek konkrit dan gambar rajah serta pemikiran yang bersistem
sebelum diperkenalkan kepada simbol dan algoritma yang merupakan perwakilan
secara abstrak. Pendekatan lain termasuk, latihan, penyelesaian masalah, penggunaan
bahasa, dan penerapan nilai murni. Pendekatan pertama ini jelas menekankan kepada
pemusatan murid dan juga mungkin berasaskan fahaman binaan (konstruktisime).
PENGAJARAN PEMUSATAN MURID.
Model pengajaran ini menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
pembelajaran mereka dan guru pula merupakan pemimpin untuk memandu murid-murid
menjalankan aktiviti pembelajaran (Mok Soon Sang, 1993). Dewey sebagai ahli
pendidik
menganalisa pengalaman-pengalaman mereka dan menggalakkan pelajar-pelajar
menjadi lebih bertanggungjawab pada diri sendiri dan terarah (Withall, 1991).
menjelaskan
proses
berorientasi-pelajar
mempastikan
pelajar-pelajar
Konsep pendidikan pemusatan-murid/pelajar berasal dari terapi ‘client-centred’ (Rogers
1965, dalam Withall, 1991). Rogers menjelaskan lagi bahawa dalam hal ini pendidik
mesti sedar dan mengambil berat tentang keperluan afektif pelajar sebagaimana dengan
kognitifnya. Dalam situasi pendidikan, pengajar menggunakan pelbagai ragam
tingkahlaku untuk mengurus suasana pembelajaran (Withall, 1991); tingkahlaku di sini
termasuk: menyusun persekitaran fizikal untuk bersemuka, dialog pada ‘eye-level’ yang
sama di antara guru dengan murid, dan murid dengan murid, mengurangkan jarak sosial
dan .... .
Terdapat kaedah yang bersesuaian untuk dipertimbangkan dalam pengajaran pemusatan
murid; misalnya kaedah kumpulan, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalan,
penyelesaian masalah, bermain, simulasi, main peranan dan sumbangsaran. Semua
kaedah-kaedah ini hanya dapat digunakan dengan baik jika guru sedar tentang
peranannya dan peranan murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini
Dewey memberi pandangannya, bahawa “educators have to cultivate the ability to put
themselves into the learners’ shoes, and take the phenomenological view (Withall,
1991).
Guru-guru harus tahu ciri-ciri pengajaran pemusatan murid, supaya mereka dapat
mangamalkan model ini dengan lebih berkesan. Mengikut Mok Soon Sang (1993)
terdapat beberapa ciri-ciri yang boleh menjadi panduan, di sini penulis hanya
menyeneraikan sebahagian ciri-cirinya yang dirasakan oleh penulis cukup berkait rapat
dengan fahaman konstruktif. Ciri-ciri tersebut ialah;
♦ Dalam aktiviti P&P, murid memainkan peranan penting, guru merupakan
pemimpin dan membimbing aktiviti.
♦ Interaksi guru dan murid secara dua hala. Interaksi ini mengakibatkan murid
berfikir.
♦ Guru bersifat demokratik, murid-murid sentiasa digalakkan memberi
pendapat mereka, keadah perbincangan digalakkan.
♦ P&P lebih mengutamakan objektif pembelajaran murid.
♦ Penyampaian guru ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya
murid memahami dan berupaya membuat kesimpulan.
♦ Interaksi antara murid adalah banyak. Aktiviti kumpulan digalakkan.
♦ Di bawah strategi ini murid-murid akan menunjukkan sifat kreatif dan
berinisiatif.
FAHAMAN KONSTRUKTIF
Fahaman konstruktif dikatakan bermula daripada usaha Jean Piaget, walaubagai mana
pun terdapat sarjana lain seperti Dewey yang secara tidak langsung telah mengutarakan
fahaman yang hampir sama (lihat kenyataan beliau sebelum ini di atas) apa bila dia
menjelaskan, pembelajaran muncul daripada pelajar memproses dari pengalaman
terus mereka (Withall, 1991) dan, “Skills are not acquired by drill and rote
memorization but by activities that the learners, with the aid of educator, employ to
serve their interests and need”.
Selain itu satu teori telah dibina oleh professor P. Ya Galperin dalam tahun 1950an di
USSR yang dikenali sebagai “Theory of Stage-by-Stage Development of Mental
Actions” (Gabay, 1991) yang mana analisis teoritikal ini berdasarkan kepada
“actions”/tindakan sebagai unit utama aktiviti manusia. Galperin (1957, 1969, dalam
Wittrock, 1991) telah mengemukakan model tindakan mental dalam pengajaran.
Pengajaran dalam model ini melibatkan berturut-turut ‘internalization’ kawalan
terhadap tindakan pelajar atau aktivitinya.
Dua contoh yang diutarakan di atas, bagi penulis mempunyai kaitan dengan fahaman
konstruktif.
bukanlah secara terus melalui deria kita, tetapi pertama dan yang lebih utama melalui
tindakan kita (Sinclair, 1987). Ini bermaksud ilmu pengetahun baru dibina daripada
perubahan atau tranformasi subjek diperkenalkan kepda hubungan/interaksi di antara
yang mengetahui dan yang diketahui (knower-known relationship).
menyatakan “that activity means internal manipulations of objects, and that meanings
come from the actions the child performs on these objects, rather than from these
objects themselves” (Wittrock, 1991). Sinclair menjelaskan salah satu maksud tulisan
von Glasersfeld, iaitu pada semua peringkat subjek membina “theories” (dengan
tindakan atau pemikiran) untuk memberi makna terhadap pengalamannya.
Pandangan asas ahli konstruktif ialah, perubahan dalam hubunan di antara subjek dan
objek akan menuju ke arah yang leibh baik walau pun tidak sempurna - subjek
memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih baik dari tindakan atau proses pemikirannya
sendiri. Ini jelas bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada guru
kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna (KPM, 1995).
Menurut Piaget cara yang penting untuk mengetahui ‘dunia nyata’
Piaget juga
Kini banyak sarjana merujuk fahaman konstruktif kepada 2 alairan, iaitu
konstruktivisme Piaget dan konstruktivisme Glasersfeld.
terdapat 3 komponen konstruktivisme Piaget, iaitu epistemologi, pandangan strukturalis
dan metodologi kajian. Dalam epistemologi, teori-teori personal adalah dibina sebagai
konsep ‘constellations’, dan telah disesuaikan oleh proses assimilasi dan akommodasi
Menurut Ernest (1991)
dalam cara untuk melengkapkan dengan dunia pengalaman organisma manusia.
Strukturalisma Piaget terlibat dalam kepercayaan bahawa dalam mengorganisasi diri
sendiri, kepintaran manusia semestinya membina ciri-ciri set struktur ‘logico-
mathematical’. Metodologi Piaget pula tertumpu kepada penggunaan temubual klinikal
yang mana Ernest menyatakan ianya memberi sumbangan yang penting kepada kaedah
kajian dalam psikologi pendidikan matematik.
Ernst von Glasersfeld dianggap oleh Ernest (1991) telah melanjutkan asas kerja Piaget
dengan signifikan, mengembangkan hasilnya dengan baik dan menghuraikan
konstruktivis epistemologi kepada dua prinsip:
I. Prinsip A: Prinsip konstruktivisme ‘trivial’ : pengetahuan bukannya diterima
secara pasif tetapi dibina secara aktif oleh pihak yang berlajar
II. Prinsip B: Prinsip konstruktivisme ‘radical’ : fungsi kognisi adalah untuk
menyesuai dan memberi khidmat mengorganisasi dunia pengalaman,
bukannya penemuan realiti ontologi.
Dalam Prinsip A; sebarang pengetahuan baru telah dibina secara aktif dari ‘pre-
existing’ objek mental dalam minda pelajar dan ia dibina secara unik dengan ‘gaya’
tersendiri. Model ini dikatakan telah merangsang perkembangan dalam pengajaran.
Prinsip B; dikatakan bahawa semua pengetahuan adalah dibina, dan bahawa tiada
sesiapa yang memberi tahu kita sebarang hal mengenai ‘dunia itu’. Ini jelas
menunjukkan mengapa ia dikatakan ‘radical’
No comments:
Post a Comment